๐— ๐˜‚๐˜‡๐—ถ๐˜‚๐—บ ๐Ÿฏ๐—— ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ต ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ต ๐—™๐—–

MUZIUM 3D Kertih dan Kerteh FC hari ini menjalinkan kerjasama bagi membantu mengembangkan produk pelancongan tempatan ke peringkat antarabangsa.

Muzium 3D Kertih yang merupakan galeri seni dan ilusi 3D pertama di negeri Terengganu dan terbesar di Pantai Timur merupakan kebanggaan masyarakat tempatan.

Pada masa yang sama Kerteh FC merupakan kelab bola sepak yang semakin mendapat perhatian bukan sahaja di peringkat tempatan malah kini dikenali di luar negara.

โ€œMelalui kesepakatan ini, Kerteh FC akan menggunakan rangkaian yang ada untuk membantu mempromosikan Muzium 3D Kertih. Kami mempunyai misi yang sama iaitu untuk menjadikan daerah Kemaman amnya, dan Kertih khasnya sebagai destinasi pelancongan. Apabila kompleks sukan kami siap kelak ianya akan menjadi daya penarik bagi pelancongan sukan.

โ€œJusteru, sebagai kelab bola sepak komuniti di Kertih, kami berbangga dapat membawa bersama Muzium 3D Kertih untuk diperkenalkan di peringkat tempatan dan antarabangsa,โ€ kata Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC, Syed Khairi Amier.

โ€œKami berbesar hati kerana Kerteh FC bersedia bekerjasama dengan kami memandangkan Kerteh FC merupakan jenama yang semakin membesar dan semakin mendapat perhatian peminat bola sepak di negara ini.

โ€œDiharapkan dengan kerjasama ini dapat membantu mempromosikan Muzium 3D Kertih dan menarik pengunjung ke muzium kami apatah lagi kini nama Kerteh FC turut dikenali di beberapa negeri di Eropah dan Australia,โ€ kata Lukman Ismail, Pengarah Urusan Serata Cakra Resources, pemilik Muzium 3D Kertih.

Melalui kerjasama itu, logo Muzium 3D Kertih akan dilekatkan pada jersi latihan Kerteh FC dan kelab itu akan mempromosikan muzium itu dalam bahan-bahan kempen dan promosinya termasuk jualan tiket masuk galeri.

Manakala Muzium 3D Kertih pula turut mempromosikan Kerteh FC di galeri muziumnya serta menerusi bahan-bahan kempen dan promosi.

Di samping itu, Muzium 3D Kertih juga akan menjadi ejen jualan yang sah bagi barangan keluaran Kerteh FC.


Mengenai Muzium 3D Kertih:

Muzium 3D Kertih dimiliki oleh Serata Cakra Resources, merupakan galeri seni ilusi dan 3D pertama di Terengganu. Dengan keluasan kira-kira 5,000 kaki persegi dan lebih 50 karya seni, menjadikannya muzium 3D terbesar di Pantai Timur. Terletak di Bandar Baru Kertih, ia mula dibuka kepada orang ramai sejak 2 Januari lalu. Maklumat lanjut layari laman web www.3dkertih.com.my