EDISI 9 SDN BHD merupakan agensi media yang mengendalikan portal berita www.edisi9.com.my. Sebagai rakan strategik, Edisi 9 menerbitkan artikel-artikel dan mempromosi galeri kami secara berkala menerusi laman web dan media-media sosialnya manakala bagi pihak Muzium 3D Kertih menyediakan satu panel untuk mempromosikan jenama EDISI 9.


KERTEH FC adalah kelab bola sepak komuniti yang dimiliki oleh KAL Services Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berpangkalan di Kertih, Terengganu. Kerteh FC merupakan juara berganda Liga Amatur Terengganu 2019. Sebagai rakan strategik, Kerteh FC mempromosikan jenama Muzium 3D Kertih pada jersi latihan kelab berkenaan. Manakala Muzium 3D Kertih menyediakan satu panel mural untuk mempromosikan jenama mereka. Muzium 3D Kertih juga diberi hak untuk menjual barangan cenderamata kelab tersebut kepada pengunjung. Maklumat lanjut mengenai Kerteh FC boleh ke http://facebook.com/KertehFC


TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) telah menaja salah satu panel mural 3D di galeri kami untuk tempoh 12 bulan yang mana kami akan paparkan jenama TNB pada panel lukisan terserbut serta di laman web kami. Maklumat lanjut mengenai TNB sila lawat ke laman webnya di http://www.tnb.com.my