Kami mempunyai 6 galeri 3D dengan setiap galeri mempunyai segmen dan keunikan tersendiri. Galeri-galeri ini bukan sahaja membawa anda ke zaman silam tetapi juga melancong ke setiap pelosok negeri Terengganu tanpa melupakan elemen 3 dimensi di dalamnya.
GALERI A – Pekan Kertih Dulu-dulu
Ketika jambatan di Sungai Kertih belum dibina, feri merupakan salah satu perkhidmatan penting di Kertih iaitu sebelum tahun-tahun 1970-an. Pejabat Pos Kertih yang terletak di persimpangan jalan antara Kg Telaga Papan dan Kg Tengah. Kawasan ini menjadi tempat pertemuan penduduk. Pondok telefon dan balai raya antara yang berada di sebelah pejabat pos. Sebelum wujudnya telefon rumah dan telefon bimbit, pondok telefon awam ini amat berguna dan penting. Salah satu pemandangan unik di Kertih suatu ketika dahulu adalah tandas awam yang menjadi ‘nadi’ penduduk. Tandas-tandas awam ini bersifat terapung (di dalam sungai).
GALERI B – Kera Putih
Mengikut cerita orang lama, nama KERTIH berasal dari ‘kera putih’, yang banyak ditemukan di kawasan pantai oleh pedagang suatu ketika dahulu. Selain pesisir pantai Kertih juga kaya dengan kawasan hutan yang dipenuhi pelbagai spesis binatang luar dan margastua.
GALERI C – Mari Lawat Terengganu
Draw bridge Masjid Kuala Ibai Tasik Kenyir
GALERI D – Keropok Lekor, Penyu Menangis
Membuat keropok lekor. Mengusung ikan yang baru naik dari laut. Penyu belimbing, simbol negeri Terengganu. Penanaman getah antara komoditi utama dikeluarkan oleh Kertih. Sejak zaman kolonial sudah wujud estet getah yang diberi nama ‘Kertay Estate’.
GALERI E – Dinasor vs Ultraman
GALERI F – Puteri Duyong
Hang Tuah 5 Bersaudara